Tuesday, January 25, 2011

Muncung-muncung Kak Eka


Kak Eka buat lawak hari ni. Nak gambar muncung-muncung. Nanti kalau ada, Ikin nak carilah gambar Ikin yang macam tu. Sayang Kak Eka! Selalu buat Ikin tersenyum.

Friday, January 21, 2011

Blog kawan Ikin

Say aaaa..... my little brother, Arif

Kawan Ikin semasa sekolah di SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi dulu pun dah ada blog. Ikin panggil dia Yaya je. Ni blog dia, Cries And Laugfters. Belum ada cerita-cerita lagi. Baru buat semalam. Kakak dia yang buatkan. Ikin panggil dia kak Dania. Kak Dania rajin sangat tulis di blog dia Ups and Downs. Semuanya Bahasa Inggeris. Yaya dan kak Dania sama-sama pandai. Bila exam, semua subjek dapat A.

Dulu pun kak Dania berkawan dengan kakak Ikin, Aishah (Love The Art). Mereka sebaya dan sama-sama juga sekolah ugama di Sekolah Tahfiz Raudhatul Jannah di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Sekarang pun mereka sama-sama juga bersekolah di SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi sebab sama-sama dapat 5A dalam UPSR dulu. Tahun ni kak Dania dan Aishah nak exam PMR. Ikin doakan kedua-duanya dapat 8A.

Tahun depan Ikin pula nak exam UPSR. Mama dah marah-marah sebab Ikin dah lama tak dapat A dalam subjek Maths sejak darjah 2. Mama kata kalau tak pandai Maths, macam mana nak kira duit. Kira duit memanglah Ikin pandai dan sangat pandai. Mama kata kalau sesiapa tak dapat A dalam Maths tahun ni, mama nak rotan. Cakap je tu! (mama : amboiiiiii! Nak kena betul ke?)

Oklah. Terima kasih sebab sudi baca post Ikin ni.

Thursday, January 13, 2011

Kitar semula


Barang apa yang boleh kitar semula?
Barang-barang kaca, barang-barang plastik, kertas, buku lama & surat khabar.
Kadang-kadang bateri lama pun mama jual, dapat juga RM10.
Biasanya duit jual surat khabar lama atau botol plastik mama suruh simpan dalam tabung.
Basikal masa kami baby dan dah tak elok pun mama jual juga.
Mama kata baik jual, dapat juga duit.
Simpan pun buat rumah jadi semak kerana basikal tu dah rosak.

Bagaimana dengan anda semua? Kalau belum, sekarang pun boleh mula.
Kalau ada kotak-kotak, buku-buku atau majalah lama tu elok kitar semula.
Letak dalam rumah pun tak buat apa, mama kata buat tambah lipas.
Tapi ada juga majalah-majalah lama yang mama sayang nak jual.

Di sekolah pun ada kempen kitar semula.
Sokonglah kempen kitar semula.

Sunday, December 19, 2010

Angsa yang cerdik



Di sebuah ladang,terdapat kandang angsa yang luas. Angsa-angsa yang dibela di situ sungguh banyak. Tuan ladang itu menjaga angsa-angsanya dengan baik. Setiap hari,dia memberi makanan yang cukup kepada angsa-angsa. Dia mahu angsa-angsanya sihat dan membiak dengan cepat.



Pada suatu malam,seekor musang yang kelaparan menceroboh masuk ke ladang itu. Ia menghampiri kandang itu. Pada waktu itu, semua angsa sedang tidur. Musang berasa gembira kerana kedatangannya tidak disedari oleh angsa-angsa itu.

"Wah,nasib aku sungguh baik hari ini!" kata musang dengan gembira. Dengan perlahan-lahan, musang masuk ke dalam kandang angsa. Ia menangkap seekor angsa. Angsa yang sedang tidur itu terus terjaga dan berasa sangat terkejut. Ia berasa takut.

Angsa itu cuba mencari akal untuk menyelamatkan dirinya. "Aku mesti berani bertindak, jika tidak aku akan mati" fikir angsa. "Wahai tuan,sebelum kamu makan saya tunaikan satu permintaan saya" kata angsa. "Apakah permintaan kamu?" tanya musang. "Sebelum saya mati,saya ingin bersembahyang buat kali terakhir" kata angsa.

"Baiklah" kata musang sambil melepaskan angsa itu. Angsa itu pun bersembahyang dengan suara yang kuat. Suara angsa yang kuat itu mengejutkan rakan-rakannya yang lain. Apabila melihat rakan mereka dalam bahaya, angsa-angsa yang lain turut bersembayang. Bunyi angsa yang bising itu menyebabkan tuan ladang itu terjaga.

Tuan ladang segera pergi ke kandang angsa. Dia berasa bimbang akan keselamatan angsa-angsanya. Tuan ladang itu terkejut apabila melihat seekor musang berada di dalam kandang angsanya. Dia mengambil sebatang kayu lalu memukul musang itu. Musang yang cedera itu terus pergi dari situ dengan kecewa.

Moral: Kita mesti bijak menggunakan akal ketika ditimpa masalah

Nota : Kisah dipetik dari buku CERITA-CERITA MORAL

more story:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments - Thank you!


Get Widget Here