Bento
Keunikan 'bekal' makanan masyarakat jepun
- Bento biasanya dibungkus untuk seorang sahaja tetapi boleh dimakan sebuah kumpulan atau sekeluarga.
- Boleh dibeli ataupun dibuat sendiri di rumah. Bento yang dibeli dilengkapi penyepit pakai buang sertaperasa yang disesuaikan dengan lauk seperti kicap atau sos dalam paket mini.
- Istimewanya bento mengandungi pelbagai jenis makanan berkhasiat. Selain itu, bento merupakan makanan paling comel kerana mempunyai pelbagai bentuk yang menarik ilham kreatif perekanya.
- Mempunyai saiz berbeza kerana bentuk yang dihasilkan juga berbeza. Oleh itu, pelbagai alatan digunakan untuk menghasilkan corak yang menarik pada bento.
- Bagi menghasilkan bento yang menarik, alatan bersesuaian diperlukan bagi menampakan kelainan.
- Antara alatan diperlukan ialah acuan, pemotong, stensil dan penebuk untuk mereka bento mengikut cita rasa masing-masing.


No comments:
Post a Comment