Wednesday, October 30, 2013

exam


Baru saje habis peperiksaan akhir tahun minggu lepas. Baru ringan sikit kepala otak ni, kalau tidak pening satu kepala. Kata je penat tapi bukan belajar sangat pun. 


Lepas ni, misi untuk pulang kan buku tesk pulak. Ringan lah beg lepas ni. he,he,he

Dah nak akhir tahun mula terasa macam baru je semalam mula masuk tingkatan1,padahal dah nak masuk tingkatan 2 tahun 2014. Cepatnya lah masa belalu. 

Harap-harap tahun 2014 pelajaran tak de lah susah sangat.



Monday, October 14, 2013

Sekolah ku


Ini lah tempat tinggal ku. :-). Rasanya saya tinggal di sini sejak 2008 dan bersekolah di sekolah kebangsaan bandar seri putra selama tiga tahun. Saya mula memasuki tinggatan 1 pada 2013 dan bersekolah di SMK Bandar Seri Putra.


Di situ saya mula mengenal kawan-kawan dan cikgu baru. Tetapi sesetengah dari murid di situ berasal dari sekolah lama ku, di bandar baru bangi. 

alamat sekolah ini ialahBandar Seri Putra, 43000 Selangor

Lokasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SMKBSP) terletak di Persiaran Seri Putra 1, Bandar Seri Putra. SMKBSP siap dibina pada Disember 2010 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2011.

Sejarah Penubuhan Sekolah
Bandar Seri Putra yang dibangunkan oleh pemaju Bangi Heights Developments telah memperuntukkan tapak untuk pembinaan dua buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah, SMKBSP pada awalnya dijadualkan siap pada Oktober 2009. Akibat beberapa faktor dan masalah kontraktor, kerja pembinaan hanya tamat pada Disember 2010.

Tuan Syed Ismail Syed Mohamad dan En Rozman Hj Abdul Kadir dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) sebagai penjaga bagi memantau proses akhir pembinaan terutama dalam penyediaan sekolah untuk menerima kemasukan murid-murid sesi persekolahan 2011. 37 orang guru dihantar dalam proses penempatan guru pertama oleh PPDHL.

Sebelum pelantikan pengetua, pengurusan sekolah dibawah tanggungjawab dan kelolaan Tuan Syed Ismail sebagai Penolong Kanan, Puan Che Tom Ahmad sebagai PK Hal Ehwal Murid dan En Rozman sebagai PK Kokurikulum.

Kehadiran SMKBSP telah dinantikan sekian lama oleh bukan sahaja penduduk Bandar Seri Putra, malahan penduduk Bukit Mahkota dan Bangi. Jumlah murid meningkat secara drastik. Sesi taklumat untuk ibu bapa dan penjaga bagi penubuhan Jawatankuasa Protem PIBG menyaksikan pelantikan Dato' Zakaria Hussin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Protem PIBG. 


Rasional lambang lencana SMKBSP
  • Warna Merah: Semangat kental untuk mengejar ilmu pengetahuan
  • Warna Kuning: Kesetiaan dan perpaduan warga SMKBSP
  • Warna Hijau: Persekitaran sekolah yang sihat
  • Perisai: Keteguhan disiplin diri dengan lima prinsip rukunegara
  • Sepasang tangan menjulang bintang: Berusaha untuk mencapai kejayaan dengan Berilmu - Beramal - Berbakti
  • Buku: Ilmu yang dituntut
  • Lima Gelung: Sukan untuk kesihatan dan kecerdasan

Saturday, October 12, 2013

khasiat pisang


Pisang pada mulanya adalah sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini berjaya dikomersialkan. Buah-buahan berkenaan bukan saja mengenyangkan malah boleh mengatasi masalah sembelit. Selain mudah didapati dan murah di pasaran, pisang juga antara buah-buahan yang berpotensi membekalkan serat, vitamin A serta menjadi makanan ruji masyarakat Afrika.
Pelbagai jenis masakan boleh dihidangkan melalui pisang dengan cara merebus, menggoreng atau dibuat pengat, lepat, koleh serta jemput-jemput. Bunyinya sangat sedap dan sudah pasti enak!. Tetapi awas! Sungguhpun pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak elok dimakan oleh pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi
.


Tahukah anda, ada lebih 20 jenis pisang di dunia. Tetapi pisang nipah, nangka, abu, mas, tanduk raja, embun biasa didengari. Namun pisang talang, kapas, awak, susu, berangan, kari, embun, kelat keling, rastali, talang, khaki, kapas, lidi, lemak manis kurang biasa kita dengar, terutama bagi mereka yang tinggal di bandar.
 
Khasiat pisang sudah tentu boleh membekalkan tenaga. Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Pisang adalah buah yang paling digemari penduduk seluruh dunia. Ia juga mampu menawarkan penyakit dan boleh membantu dalam kesihatan manusia.

Pelbagai gaya pemakaian selendang

Perkembangan fesyen yang terlalu pantas menyebabkan berbagai cara dan gaya dilakukan untuk menonjolkan sesuatu yang lain daripada yang lain...
Bagi anda yang sukakan gaya terkini,santai,menutup aurat dan trendy,dapatkan Majalah NUR setiap bulan...

TERIMA KASIH kepada Majalah NUR.





Sila tekan pada gambar untuk melihat lebih besar.

Cara pemakaian shawl labuh dari Heliza Helmi


Seperti korang tahu Heliza Helmi merupakan selebriti muslimah yang berjaya menarik berjutaan muslimah untuk menjadikannya sebagai idola. kerana perwatakan yang lemah lembut, comel serta sentiasa berpakaian menurut garis panduan islam.





Hasilnya sangat sopan dan comel kan. Geram tengok Heliza Helmi yang berasal dari Terengganu ni. Ayuh berubah kepada yang lebih baik sempena tahun 2013 ini. tidak perlu secara drastik tapi secara berperingkat pun okay dah.


Friday, October 11, 2013

Fashion muslimah



Sekarang ni dah ramai remaja perempuan gila fashion muslimah. Bagi saya, yang mana menutup aurat tu amat saya sokong .Kain jenis cotton t shirt memang sedap di pakai dan warnanya nampak cantik di lensa camera. Senang nak basuh. Sesuai tuk formal dan in formal. Lebih nampak elegent dan classy bila dikenakan dengan belt dan kasut bertumit tinggi dan beg tangan.

Warna memainkan peranan penting dalam memberi impak kepada si pemakai. Ini kerana warna daya penarik pertama yang memikat pandangan sebelum beralih kepada potongan atau perhiasan dikenakan. Dalam peraturan memilih warna, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

Menurut Pengasas Hijab Muslimah Inspire Style (HMI Style), Za Afiza Mohd, fabrik polos sangat sesuai digayakan ke pejabat terutama bagi yang gemar memakai kemeja atau blaus. Namun begitu, wanita boleh me­nyuai padan dengan seluar mahu pun skirt bercorak bagi memberikan kesan anggun dan menyerlah.

SKIRT bercorak nampak anggun dipadankan blaus hitam. Lilitan tudung ala serban dengan kuntuman bunga menambah keayuan tersendiri.





Cara memakai selendang


Cara pakai selendang mempunyai pelbagai cara terpulang kepada individu tersebut. namun digalakkan bagi yang berbentuk muka bulat memakai inner bagi membentuk muka tiga segi.cara lilitan yang tak rumit memudahkan kerja kita. so tak de lah mengambil masa terlalu lama untuk bersiap kan. kalau untuk student pula lebih baik menggayakan shawl yang simple je, tidak lah bila memakai selendang dengan gaya yang pelik



more story:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments - Thank you!


Get Widget Here