Friday, June 3, 2011

Restoran D'Orange - Sedap!


Mama bawa Ikin breakfast di restoran baru di Bandar Seri Putra.
Baru buka pada 31 Mei 2011.


Kedai di sebelah kiri.
Belum buka lagi sebab baru pukul 8.00 pagi.


Ini sebelah kanan pula.


Dalam restoran


Eh! Kereta buruk mama yang banyak jasa.
Belakang tu jalan tol masuk Putra Mahkota.
Nampak tak ada papan tanda hijau.
Pagi-pagi banyak parking kosong.


Pening pulak nak makan apa ye?
Ikin nak pilih semua boleh tak?

Pukul berapa tuan kedai ni buka pagi-pagi ye agaknya?
Tak ada tulis pun.


Horlick kegemaran Ikin dah sampai.

Ooo... Acik tu dah betulkan.
Pukul 8.00 pagi hingga 12.00 malam.


Sama juga pilihan Ikin, tetap nasi lemak.
Mesti nak ada ayam goreng juga.


Horlick dia sedaplah! Manis sikit je!
Mama dah minta tambah air sikit.


Ini sarapan pilihan Azri, adik Ikin.
Sandwich Tuna


Di sini tak ada roti canai telur,
jadi mama pilih nasi lemak telur goreng je.

Sedap makan di sini.
Ikin suka sambal ikan bilisnya.
Tak pedas sangat, ada manis-manis.

Lain kali nak ajak mama pergi lagi.


Mama bayar RM17.00 je.

Tambah lagi dua bungkus nasi lemak biasa
untuk kakak dan abang di rumah sebab mereka tak nak ikut.

Monday, April 11, 2011

Wednesday, February 9, 2011

Thursday, February 3, 2011

Air dah habis laa...

Alamak! Air dah habis la! Kakak punya pun dah habis juga! Mama.....order lagi!

Jawab puzzle dulu

Jawab puzzle di Pizza Hut, Bandar Baru Bangi. Bagus juga sementara tunggu pizza siap!

Wednesday, January 26, 2011

Thank you Kak Eka

Thank you Kak Eka. Sekali-sekala pakai tudung.

Kak Eka letak gambar Ikin di blog dia la. Suka..suka..suka! Jom la tengok blog Kak Eka yang comel ni. Kak Eka Geng Pink sama dengan Ikin juga.


Thank you Kak Eka.

Mak cu follow Ikin


Seronoknya bila tengok Mak Cu dah follow Ikin. Ikin ternampak gambar comel Adrianna. Thank you Mak Cu.


Mandi laut di Kuantan dengan Adrianna --> Cuti2 keluarga ke Kuantan

Tuesday, January 25, 2011

Muncung-muncung Kak Eka


Kak Eka buat lawak hari ni. Nak gambar muncung-muncung. Nanti kalau ada, Ikin nak carilah gambar Ikin yang macam tu. Sayang Kak Eka! Selalu buat Ikin tersenyum.

Friday, January 21, 2011

Blog kawan Ikin

Say aaaa..... my little brother, Arif

Kawan Ikin semasa sekolah di SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi dulu pun dah ada blog. Ikin panggil dia Yaya je. Ni blog dia, Cries And Laugfters. Belum ada cerita-cerita lagi. Baru buat semalam. Kakak dia yang buatkan. Ikin panggil dia kak Dania. Kak Dania rajin sangat tulis di blog dia Ups and Downs. Semuanya Bahasa Inggeris. Yaya dan kak Dania sama-sama pandai. Bila exam, semua subjek dapat A.

Dulu pun kak Dania berkawan dengan kakak Ikin, Aishah (Love The Art). Mereka sebaya dan sama-sama juga sekolah ugama di Sekolah Tahfiz Raudhatul Jannah di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Sekarang pun mereka sama-sama juga bersekolah di SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi sebab sama-sama dapat 5A dalam UPSR dulu. Tahun ni kak Dania dan Aishah nak exam PMR. Ikin doakan kedua-duanya dapat 8A.

Tahun depan Ikin pula nak exam UPSR. Mama dah marah-marah sebab Ikin dah lama tak dapat A dalam subjek Maths sejak darjah 2. Mama kata kalau tak pandai Maths, macam mana nak kira duit. Kira duit memanglah Ikin pandai dan sangat pandai. Mama kata kalau sesiapa tak dapat A dalam Maths tahun ni, mama nak rotan. Cakap je tu! (mama : amboiiiiii! Nak kena betul ke?)

Oklah. Terima kasih sebab sudi baca post Ikin ni.

Tukar template lagi


Mama tukar template lagi sebab template yg lama tu tak ok. Kawan-kawan blog Ikin tak boleh nak bagi komen. Mama pesan kawan-kawan boleh bagi komen yang membina sebab Ikin ni kecil lagi. Tahun ni 2011, Ikin baru je 11 tahun (25 Ogos 2011) nanti. Sama birthday dengan Mawi AF.

Mama kata nak letak shoutbox tapi tak tau bila sebab mama busy buat banyak kerja. Main game di facebook pun mama suka.

Semua yang Ikin tulis di blog ni akan mama check dulu sebelum publish termasuklah yang ini. Mama akan betulkan ejaan, padam atau tambah. Macam cikgu!

Ikin ucapkan terima kasih pada semua yang melawat Ikin dan jadi follower Ikin. Pada Kak Eka, terima kasih banyak-banyak sebab tolong Ikin bagi idea untuk blog Ikin ni.

Kak Eka ada post yang baru, Rindu Atok Saya. Atuk Ikin dah tak ada. Dua-dua dah tak ada. Tinggal nenek je, mak pada ayah dan mak pada mama. Mak pada ayah Ikin panggil 'atuk', mak pada mama Ikin panggil 'embah'.

Ini tentang atok sebelah mak, Aidilfitri tanpa ayah. Atok sebelah ayah dah lama meninggal, sebelum Ikin lahir lagi. Mama kata masa tu abang pun baru je sebesar penumbuk (tak tahulah penumbuk sapa?) dalam perut mama. Baru sebulan je mama pregnantkan abang. Kakak pun baru je umur 1 tahun 4 bulan. Atok sebelah mama baru je meninggal dunia pada 19 Ogos 2010. Atok sebelah ayah pula pada 6 February 1998. Alfatihah.

Terima kasih daun keladi dari Ikin, esok-esok datang lagi!

Thursday, January 13, 2011

Kitar semula


Barang apa yang boleh kitar semula?
Barang-barang kaca, barang-barang plastik, kertas, buku lama & surat khabar.
Kadang-kadang bateri lama pun mama jual, dapat juga RM10.
Biasanya duit jual surat khabar lama atau botol plastik mama suruh simpan dalam tabung.
Basikal masa kami baby dan dah tak elok pun mama jual juga.
Mama kata baik jual, dapat juga duit.
Simpan pun buat rumah jadi semak kerana basikal tu dah rosak.

Bagaimana dengan anda semua? Kalau belum, sekarang pun boleh mula.
Kalau ada kotak-kotak, buku-buku atau majalah lama tu elok kitar semula.
Letak dalam rumah pun tak buat apa, mama kata buat tambah lipas.
Tapi ada juga majalah-majalah lama yang mama sayang nak jual.

Di sekolah pun ada kempen kitar semula.
Sokonglah kempen kitar semula.

Geramnya..

Nak masukkan gambar berkelah di Sungai Congkak, tapi tak boleh. Geramnya! Selalu tu boleh je! Eeee...geramnya! Geramnya!

more story:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments - Thank you!


Get Widget Here