Wednesday, November 6, 2013

khasiat buah delima

Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita antaranya ialah:
Khasiat Buah delima untuk kesihatan
  • Buah delima  mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
 Buah delima mengandungi potassium yang besar jumlahnya, selain dari mineral-mineral lain seperti:
  •  fosfor
  •  kalsium
  •  zat besi
  •  sodium
  •  vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C.

 Jus Delima juga membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurukna kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.

Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan, Ini akan memberikan badan anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan menginkat. Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.
Buah ini juga buah kegemaran saya dan nama buah ni sama dengan nama kawan saya,nor delima seri

No comments:

more story:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments - Thank you!


Get Widget Here