Sekarang ni dah ramai remaja perempuan gila fashion muslimah. Bagi saya, yang mana menutup aurat tu amat saya sokong .Kain jenis cotton t shirt memang sedap di pakai dan warnanya nampak cantik di lensa camera. Senang nak basuh. Sesuai tuk formal dan in formal. Lebih nampak elegent dan classy bila dikenakan dengan belt dan kasut bertumit tinggi dan beg tangan.
Warna memainkan peranan penting dalam memberi impak kepada si pemakai. Ini kerana warna daya penarik pertama yang memikat pandangan sebelum beralih kepada potongan atau perhiasan dikenakan. Dalam peraturan memilih warna, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
Menurut Pengasas Hijab Muslimah Inspire Style (HMI Style), Za Afiza Mohd, fabrik polos sangat sesuai digayakan ke pejabat terutama bagi yang gemar memakai kemeja atau blaus. Namun begitu, wanita boleh menyuai padan dengan seluar mahu pun skirt bercorak bagi memberikan kesan anggun dan menyerlah.
SKIRT bercorak nampak anggun dipadankan blaus hitam. Lilitan tudung ala serban dengan kuntuman bunga menambah keayuan tersendiri.
No comments:
Post a Comment