Sunday, December 19, 2010

Angsa yang cerdik



Di sebuah ladang,terdapat kandang angsa yang luas. Angsa-angsa yang dibela di situ sungguh banyak. Tuan ladang itu menjaga angsa-angsanya dengan baik. Setiap hari,dia memberi makanan yang cukup kepada angsa-angsa. Dia mahu angsa-angsanya sihat dan membiak dengan cepat.



Pada suatu malam,seekor musang yang kelaparan menceroboh masuk ke ladang itu. Ia menghampiri kandang itu. Pada waktu itu, semua angsa sedang tidur. Musang berasa gembira kerana kedatangannya tidak disedari oleh angsa-angsa itu.

"Wah,nasib aku sungguh baik hari ini!" kata musang dengan gembira. Dengan perlahan-lahan, musang masuk ke dalam kandang angsa. Ia menangkap seekor angsa. Angsa yang sedang tidur itu terus terjaga dan berasa sangat terkejut. Ia berasa takut.

Angsa itu cuba mencari akal untuk menyelamatkan dirinya. "Aku mesti berani bertindak, jika tidak aku akan mati" fikir angsa. "Wahai tuan,sebelum kamu makan saya tunaikan satu permintaan saya" kata angsa. "Apakah permintaan kamu?" tanya musang. "Sebelum saya mati,saya ingin bersembahyang buat kali terakhir" kata angsa.

"Baiklah" kata musang sambil melepaskan angsa itu. Angsa itu pun bersembahyang dengan suara yang kuat. Suara angsa yang kuat itu mengejutkan rakan-rakannya yang lain. Apabila melihat rakan mereka dalam bahaya, angsa-angsa yang lain turut bersembayang. Bunyi angsa yang bising itu menyebabkan tuan ladang itu terjaga.

Tuan ladang segera pergi ke kandang angsa. Dia berasa bimbang akan keselamatan angsa-angsanya. Tuan ladang itu terkejut apabila melihat seekor musang berada di dalam kandang angsanya. Dia mengambil sebatang kayu lalu memukul musang itu. Musang yang cedera itu terus pergi dari situ dengan kecewa.

Moral: Kita mesti bijak menggunakan akal ketika ditimpa masalah

Nota : Kisah dipetik dari buku CERITA-CERITA MORAL

more story:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments - Thank you!


Get Widget Here